Pengenalan

Entri dalam blog ini adalah pandangan peribadi yang memberi perspektif tersendiri atas sesuatu isu tanpa terikat dengan mana-mana fahaman politik dan kelompok sosial yang sempit. Pandangan yang disampaikan adalah semata-mata dalam proses mencari kebenaran dan keadilan.

Gunakan kacamata betul melihat wanita



"Perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal tapi lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu"
"Kaum yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya dalam urusan mereka"
"Lelaki lebih layak memimpin daripada perempuan"

Persoalan gender kain dibangkitkan dalam banyak hal dewasa ini. Yang selalu lantang bersuara tentang kesamarataan hak lelaki dan perempuan ialah golongan aktivis Hak Asasi Manusia.

Saya sendiri tertanya-tanya kenapa wujud persaingan gender. Contohnya, rancangan 'Apa Apa Aje' terbitan TV3 yang selalu ketengahkan isu semasa. Bagus membincangkan isu-isu semasa tetapi kenapa perlu diperjuangkan siapa yang salah dan siapa yang betul?

Tambahan pula, fenomena tuding jari dalam rancangan ini berdasarkan gender. Bukankah masalah rumahtangga berpunca daripada sikap suami atau isteri? Sikap adalah fokusnya. Bukan gender.

Petikan kata-kata di atas juga seolah-olah meletakkan perempuan di kelas kedua. Ini pastinya bertentangan hukum agama. Islam datang menaikkan taraf wanita ke taraf yang sama dengan lelaki.

Inilah salah faham yang berlaku dalam masyarakat. Kita tak tahu punca, terus menuding. Baru dengar hadis, terus hendak menghukum. Ada pula yang mudah-mudah digelar ustaz sebab kepala terlilit serban.

Dalam ilmu hadis, perlu kita pelajari asbabul wurud (sebab hadis dikeluarkan). Sesuatu hukum terkeluar hasil daripada kejadian tertentu tidak boleh digunapakai secara umum begitu saja.

Sesungguhnya perempuan itu menghadap dalam rupa syetan dan
membelakangi dengan rupa syetan. Maka bila salah seorang kamu melihat
perempuan, lalu ia mengagumi kecantikannya, maka hendaklah ia mendatangi
istrinya, karena sesungguhnya hal itu akan mengembalikan sesuatu yang ada pada
dirinya.“ (HR Muslim, Ahmad, Abu Daud adan Nasaa’i)


Hadis ini contohnya membuatkan seorang yang ekstrem (mungkin jahil) meletakkan wanita itu sama macam syaitan. Teruknya!!!

Sedangkan Rasulullah mengeluarkan hadis ini kerana Nabi segera mendatangi Zainab (isterinya) selepas melihat seorang wanita cantik.

Maksud Nabi menuturkan hadis tadi ialah kecantikan wanita tadi boleh menyebabkan diri lelaki ghairah seterusnya mengarah kepada berbuat maksiat. Daya tarik untuk berbuat maksiat ini sama dengan daya tarik syaitan yang menyeru berbuat jahat.

Islamlah kamu kemudian berperanglah.
(HR Bukhari dari Al bara’ bin Azid)


Eh, Islam memang sinonim dengan perang. Tak silaplah Amerika bila menggelarkan Islam sebagai agama teroris.

Huh, satu lagi orang jahil lagi ekstrem. Hadis ini dikeluarkan Nabi apabila seorang kafir mendatanginya untuk mengikuti perang. Dia beritahu Nabi hasratnya untuk memeluk Islam selepas berperang nanti. Nabi pun menyuruhnya memeluk Islam terlebih dahulu.

Bukankah kita ini rakyat biasa? Tatkala membaca hadis atau al-Quran, tanyalah kepada yang lebih arif. Tak payahlah mendabik dada konon faham hukum berdasarkan pembacaan semata-mata. Boleh jadi, penulis maksudkan lain daripada apa yang kita fahami.

Kembali kepada isu wanita tadi. Kalau kita amati betul-betul cara kita memandang wanita, saya merasakan perspektif memandang mereka banyak dipengaruhi adat dan budaya setempat.

Bukan agama yang menafikan hak-hak wanita. Cuma adat yang menenggelamkan ajaran agama. Kalau tidak, masakan sesuatu hukum boleh terjadi disebabkan adat. Tapi kalau hukumnya sudah jelas, adat harus ditolak. [Sila baca selanjutnya berkenaan adat sebagai sumber hukum]


Persoalan yang ditanya Servant of God mengenai status wanita menjadi hakim sangat menarik perhatian saya. Di Malaysia, kita jarang mendengar pendapat membolehkan wanita menjadi hakim.

Pada masa yang sama, tahukah anda tiada juga nas khusus yang mengharamkan wanita menjadi hakim? Maka, dalam hal ini pastinya ijtihad para ulama' yang menentukannya. Ijtihad di Malaysia akhir-akhir ini telah membenarkan wanita menjadi hakim.

Wanita di Malaysia dahulukala dianggap sebagai surirumah, melayan suami dan anak-anak, tidak berpendidikan tinggi, duduk di rumah, menjahit, memasak dan macam-macam lagi. (Saya cakap berdasarkan perbualan dengan kebanyakan orang-orang tua)

Tapi wanita kini sudah setanding lelaki. Mereka juga berkelulusan universiti. Ada yang menjawat jawatan tinggi sesebuah institusi. Terdapat kongkongan dalam keluarga khususnya pada awal fenomena begini berlaku.

Jadi, tidak hairan juga jika wanita menjadi hakim menjadi isu pula. Ini normal dalam sunnah perubahan. Pendek kata, mengapa wanita perlu diketepikan apabila dia layak menjadi hakim?

Persoalan ini tidak timbul dalam sistem kehakiman sivil. Bahkan, saya sendiri jarang berdepan dengan hakim lelaki dalam kebanyakan kes kendalian saya.

Saya akui wanita adakalanya emosional apabila memberikan hukuman (pengalaman membuktikan demikian). Ada juga lelaki yang emosional, cuma jarang sangat.

Umum sedia maklum, etika hakim ialah untuk tidak mengadili sewaktu dirinya emosional. Ini bukan saja adab hakim dalam Islam, tetapi juga termasuk etika hakim sivil.

Manusia sememangnya lemah. Adakalanya emosi tak tertahan. Hakim-hakim juga tak terkecuali. Dalam bermain dengan undang-undang ciptaan manusia, manusia pasti tidak setakut melibatkan diri dengan undang-undang ciptaan Maha Agung. Sesekali terikut emosi dalam kes sivil adalah suatu kebiasaan.

Tapi sepengalaman saya hadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah, tak pernah saya jumpa sedemikian. Bahkan sebelum mengadili, hakim akan beristighfar dahulu.

Walaupun setakat ini masih belum ada hakim wanita di Malaysia, terdapat seorang wanita yang kini bertugas sebagai Pendaftar Kanan Mahkamah Syarie telah ditawarkan menjadi hakim syarie.

Namun, sehingga ke hari ini, dia tidak menerima pelawaan itu atas sebab beratnya tanggungjawab itu. Inilah bezanya memegang jawatan Hakim Syarie dengan Hakim Sivil. Undang-Undang Allah tidak boleh dipermainkan.

Sebab itu trek perlumbaan menjadi Hakim Syarie tak seramai trek perlumbaan untuk Hakim Sivil.

Memang ada peguam syarie yang menjadikan kerjayanya sebagai lubuk mencari pendapatan lumayan tapi belum ada hakim yang berfikir begitu.

Ijtihad terbaru ini telah mengambilkira faktor semasa dan pendapat para ulama' lain yang terpecah kepada pelbagai pendapat. [Sila baca keratan akhbar ini untuk pemahaman lanjut]

2 komen:

  Anem Arnamee

April 18, 2009 at 7:39 AM

Salam..;)

berfikir;)

  mohad

June 20, 2009 at 7:31 AM

bagus blog ni...